Tuesday 10 July 2012

ADILKAH KITA?

Assalamualaikum

Dalam dunia ni terlalu banyak percaturan yang kita tidak disangka dan tidak mengingini..

Segala ketentuan bergantung kepada Qada' dan Qadar dari Allah.. Kita di utuskan untuk menjadi Khalifah di atas bumi Allah ni pun sebenarnya bukanlah kehendak diri kita sendiri.. Jika kita merenung kembali bagaimana manusia yang pertama diciptakan Allah, Adam s.a.w diturunkan kedunia yang fana ni. Adalah bukan kehendak diri Baginda untuk ke bumi dan perlu berpisah dengan isteri yang disayangi melainkan telah tertulis pada Qada' dan Qadar dari Tuhan Sekelian Alam, ALLAH s.w.t

Kadangkala, orang yang kita lihat dan nampak warak tu tidak semestinya boleh dan akan menerima hakikat semua ni.. Mereka beranggapan jika melakukan keburukan pasti keputusan yang buruk akan terhasil Dan jika melakukan segala kebaikan keindahan akan terhasil. Memang tidak dinafikan tapi kita perlu ingat pada Qada' dan Qadar dari-Nya.. 

Sebagai contoh:
Seorang wanita yang telah terlanjur bersama kekasih dan mengadung tapi ditinggalkan keseorangan. Adakah keadaan ini yang diingini oleh wanita tersebut.? Pastinya tidak.. Bukan ingin menafikan balasan dari Allah terhadap wanita tersebut. Tapi ADILKAH KITA? Dosa yang dilakukan "bersama" tapi yang menaggung hanya pada sebelah pihak.. Si Lelaki pasti senang sambil berpeluk tubuh dan mementingkan diri tapi wanita ini akan mendapat pelbagai cecaan dan tomahan dari pelbagai pihak. Antara yang paling menyiksakan adalah dari keluarga sendiri.

IMPLIKASI

Pertama:
Kedua-dua pihak pastinya akan menjadi bertambah buruk. Si Wanita jika tidak menjadi ibu tunggal yang terpaksa menaggung beban keseorangan dan Si Lelaki pastinya akan mencari "mangsa" yang lain tanpa disedari walaupun terdetik untuk berubah dan insaf kerana Syaitan dan Iblis tidak akan berhenti menggoda manusia.


Kedua:
Kesan kedua jika pasangan yang telah terlanjur ni bersepakat untuk MENGGUGURKAN KANDUNGAN sudah pastinya "kegiatan" mereka akan bertambah teruk kerana perasaan yang terasa telah bebas dan terlepas dari masalah dihadapi dan menambah satu lagi dosa bagi pasangan tersebut iaitu dosa MEMBUNUH. Membunuh adalah salah satu dosa yang paling berat dalam Islam dan mungkin juga agama lain. (Dalam Islam jika undang-undang Hudud dan Qisas dijalankan, hukum bagi Membunuh adalah BUNUH)

Tindakan yang paling releven yang harus diambil bagi pasangan yang terlanjur ni adalah BERKAHWIN. Secara tidak langsung "dosa yang dilakukan bersama" tidak hanya ditanggung oleh sebelah pihak sahaja dan sudah pasti "hubungan" mereka selepas ini adalah HALAL dan peratusan anak (yang tak berdosa) yang dikandung akan terjamin akan senang. *dikatakan pasangan tersebut perlu melalui proses akad nikah balik selepas tempoh "nifas" (perlu rujukan).


MASALAH
Yang menjadi masalah adalah mentaliti masyarakat Malaysia yang suka membuat tafsiran buruk awal-awal lagi tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu keadaan. Dalam keadaan sekarang yang telah sedia buruk, tugas kita sebagai manusia yang kononnya "Ma'sum" adalah menyokong, membantu dan memimpin saudara seagama kita untuk berubah kearah jalan yang diredhai Allah s.w.t

Tak perlulah kita nak berlagak baik dengan hujah-hujah agama tentang hukum Islam mengenai anjuran Al-Quran yang "tidak menggalakkan Berkahwin dengan orang yang pernah kita terlanjur" tapi Al-Quran tidak MENGHARAMKAN dengan niat untuk memulakan hidup baru yang lebih baik dan insaf dengan kesilapan yang telah berlaku samada disengajakan atau tidak disengajakan dan BERTAUBAT.

Tak perlulah kita nak teruja sangat untuk menghukum kesalahan orang lain. Kita perlu ingat persoalan ni:-
Adakah kesilapan yang orang lain buat kita tak buat.?
Adakah kesalahan yang kita pernah buat orang lain pun buat.?
Adakah kebaikan orang lain lakukan kita pernah buat.?

Siapa kita dalam dunia ni.?



Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.”

[HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Segala ketentuan mesti ada hikmah disebaliknya. Semua ciptaan-Nya mempunyai fungsinya tersendiri dan Allah tidak melakukan sesuatu keadaan dengan sia-sia.

Allah tidak akan menguji umatnya melainkan kerana sayangnya Allah terhadap umatnya dan hikmah yang tersirat.

Memetik kata-kata Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
“Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul”


Mengingati Kesalahan diri kita terhadap orang lain dan Melupakan Kesalahan orang lain terhadap diri kita,

Mengingati Kebaikan orang lain terhadap diri kita dan Melupakan Kebaikan Diri kita terhadap orang lain.

Menasihat dan mengingati diri sendiri...........................

*Dedikasi istimewa untuk keluargaKu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...